Tuesday, November 13, 2012

anime festival asia 2012 part 1

KONICHIWAA ^_^ V

hmm since aku tatau nak update apa,why not aku update pasal pegi afa a.k.a anime festival asia. aku rasa aku belom post lagi pasal kami pegi sana.kami -( aku nadia nabilah syafiq and puvent termasuk mak aku) aku tak sure dah update pasal ni ke belom maybe dalam facebook je kot kan.hmm tapa tapa so let's begin.


p/s : its gonna be a long post,soo bear with it XD


at first aku memang tatau pasal afa..tau pun siket siket tapi kat jepun punya.satu haritu tengah tengah chat dengan nadia pasal convention ni semua.beminat la jugak.sbb time tu aku ada tengok satu cita philippines ni.ada la pasal sorang budak minat gila anime and pegi satu convention ni,macam best gak.tedetik hatiku meronto ronta nafsu ku untuk pegi juga.*ceyyy ayaat.bm C k *  XD  so try try la aku search melilau cari.pastu ternampak satu blog ni.cakap pasal convention kat malaysia.bukak bukak tengok AFA k AFA !! for the first time nak datang buat kat malaysia.apa lagi roger roger la kat nadia.memang dah seronok tak kata pa.festival ni buat dekat PWTC. so masalah sekarangnya menatang tuh buat dekat KL.



okey maybe dia tulis singapore kat situ silap kot.sebab 2012 punya convention buat kat malaysia which is kami pi tuh.dia ada banyak pakej actually.festival , stage , festival + stage lain lain harga each.so then aku ingat nak amik festival + pakej .baru RM30.murah la kan.per day.boleh duduk kat sana sehari dari pukul 10 pagi sampai 8 malam maybe.so decided nak amik yang tu.then scroll bawah ----> web dia klik SINI  then tenampak pakej anisong concert.kalau beli pakej tuh boleh masuk festival + stage + concert. lagi gempak kot.tapi harga dia gempak gak lah.tngok tngok ada FLOW kot..FLOW beb.guling guling aku atas lantai nak gak pi .nak gakkkk.tak kira.so pakej anisong ni pon ada kategori dia.ada VIP ada free standing untuk dua hari.hari sabtu (9 june) and ahad (10 june)

2 DAY
VIP SEATING
PACKAGE

RM308

1 DAY
VIP SEATING
TICKET

RM168

2 DAY
FREE STANDING
PACKAGE

RM148

1 DAY
FREE STANDING
TICKET

RM88

Day 1 : 09.06.2012
• Maon Kurosaki
• Kalafina
• Aimi

Day 2 : 10.06.2012
• FLOW
• KOTOKO
• Sea☆A
Day 1 : 09.06.2012
• Maon Kurosaki
• Kalafina
• Aimi
Day 1 : 09.06.2012
• Maon Kurosaki
• Kalafina
• Aimi

Day 2 : 10.06.2012
• FLOW
• KOTOKO
• Sea☆A
Day 1 : 09.06.2012
• Maon Kurosaki
• Kalafina
• Aimi
OR
OR
Day 2 : 10.06.2012
• FLOW
• KOTOKO
• Sea☆A
Day 2 : 10.06.2012
• FLOW
• KOTOKO
• Sea☆A
so memandang free standing yang paling murah yakni RM88 ja.so aku memang nekad gila nak pi tak kira la mcm mana pun .so aku decided pegi day 2 .day 2 ja yang ada flow.free standing pun free standing la.nthen aku tak ingat camna aku pujuk parents aku.last last diorang bagi pi.and mak aku yang akan bawak kami nanti.so happy tak tehingga baq hang.syokk habis.bukan senang nak jumpa flow an.

nak beli tiket satuhal.tiket dia kena beli online.tarikh yang ditetapkan .so kira mcam sapa cepat dia dapat la.tak silap aku hari khamis.pagi pagi buta aku dah siap tecanggak depan komputer.tunggu nak beli.mak aku dah tinggalkan dia punya no kad visa pa semua.so senang aku boleh buat sendri,so bila nak beli tuh macam macam jadi.sampai aku nangis bebai bebai la.sumpah aku bebai.sampai call ticketcharge tu.bukan free mahail kot.last last dapat gak.



finally ticket sampai jugak.for three,aku nadia and nabilah.puvent and syafiq nak ikot lepas aku dah order tiket.so takdapatlah.kira ni macam dreams come true la.haha.aku memang nak pi convention camni dah lama gila.pastu bulan april this year aku tejumpa pasal nih,aku plan betul betul pastu bulan 6 jadi pegi.yeay
so kami plan naik train as nadia tak penah naik train and kami penah plan nak naik train dengan diba sekali nak jenjalan kat kl.tapi tak jadi.so guna peluang ni lah.k aku tak suka naik train.sakit buntut beb.seat train per person RM37 so semuanya 6 orang .masing masing punya duit poketla kan.haha.seriously 6 jam dalam train dengan lampu tak tutup.macam mana nak tidor.haha,apa lagi kan.hingaq je la dalam train tuh.
nasib aku bawak psp.so tak boring sangat.so sampai dekat kl solat solat semua dulu and then terus naik lrt ka monorel ka apakebenda pun aku tatau sebab aku tak duk kl and jarang naik benda tuh semua.semua mak aku ja yang uruskan.before datang kl aku dah booked hotel siap siap,bukan la hotel 5 stars tu semua.budget hotel ja . so tak mahal sangat RM77 per room.aku stay sana pun one night ja.aku tak ingat duduk hotel mana.tapi teceruk gilaa.pusing melilau la cari hotel.last last jumpa jugak.bila nak check in hotel.orang tuh cakap bilik kami dah ada orang duduk.lepas tu dia bagi kat kami family size punya room dalam RM120.tapi kami takyah bayar.rezeki rezeki,just bayar yg RM77.puvent and syafiq dapat bilik biasa ja.nama pun budget hotel jangan harap la view dia cantik.memang hmmpp tatau nak kata.eh lupa plak.kami betolak sabtu malam and sampai ahad pagi,so memang plan teros pegi pwtc.

and haaa time nak jalan pegi hotel kami ni.lalu la satu lorang,memang kawasan cina ah.satu rumah tuh tengah buat kenduri.tapi pagi pagi la kan.maybe tengah prepare la kot.sesedap ja aku tenampak skoq babi dah siap kenan bbq depa letak atas meja.tadak sembelih pa.aku rasa depa bakaq hidup hidup pa.kaler coklat ja.yuck sumpah geli.haha.and nasib la sebelah hotel kami tuh ada kedai mamak.letak letak bag pukul 8 lebih camtu pegi breakfast and then terus pegi pwtc sbb nak amik pass untuk masuk festival + stage.tengok tengok boleh beli tiket haritu.cehh.so puvent and syafiq beli ah tiket masok concert sekali.tadala nanti concert kami pompuan pompuan ja masok.takut gak.sebab malam.so dengan TAK MANDINYA ..(idea aku) sbb tanak bazir masa balik hotel then mandi then datang balik pwtc then balik hotel balik then dtg pwtc balik tuk concert.boleh tambah kering aku k.so alang alang dah ada sana and festival tu pulak dah bukak.masuk la sekejap.and memandang kan stage bukak pukul 3.so tepaksa la lama kat sana.mak aku plak pi window shopping dekat depan pwtc nih.penat type haa.


kalau tengokan aku ja paling happy.excited gila nak pi.yang lain semua muka mengantuk gila.ye la kan.sampai sampai kl terus pegi convetion tuh.dalam train bukan boleh tidor sngat.so actually kami sampai awal kot.sebab before kami masuk dalam convention tuh kami kena tunggu luar .dalam hall kat pwtc tu jugaklah.so sempat la jugak tengok cosplayer cosplayer tengah duk bersiap.yang bestnya kami nih macam jakun gila.mana taknya first time datang convention macam nih.siap ada cosplayer anime yang kami suka gila.sasuke naruto and sasuke..at first jumpa sasuke punya cosplayer .sumpah hensem gila.and then jumpa orochimaru.excited aku panggil dia pastu dia pandang scary ja kat kami.-.- amik mood orochimaru maybe.hehe.then time part jumpa kakashi lagi lah.sampai stalk dia dalam toilet.haha.dia pakai baju anbu.fuhh nampak macam hensem ja.hahah.dengan ichigo pun adaa XD














 lepas bukak ja tempat tu terus pegi masok.and kena cop kat tangan.bukti masuk.ad then masuk pusing pusing.tapi time tuh tak da apa sangat.sbb baru bukak lagi kan.cosplayer pun tak ramai lagi,kebanyakkan duk bersiap kat bawah.so decide turun bawah .pusing pusing kat bawah.lagi banyak cosplayer.







 bagi aku lah ni bukan barbie yerr.ni action figures yang kiut miut gitu.hahaha.barbi muka keras.tak lawa plus hodoh macam kuntilanak.ni super cute.tengok la rambut.lawaa ja.rambut barbie macam langsiaq.ahaha.sorry noh barbie.jangan cari aku memalam plak..haha.sereeeeem.cuba tengok patung kelima dari kiri.actually aku nak rambut mcm tu lah.tapi jebon punya hairdresser.buat rambut aku alai balai.cilaka.












you know what ...sedih gila tak sempat amik gambar dengan tobi.semua sebab camera la.buat hal plak.tepaksa posing lama depa.last last dapat gambar gelap.nthen tobi pegi.tak sempat aku.T_T  tapi takpa janji ada gambar dia.hahaha






hensem tak sasuke ?? hensemkan hensemkan !! hahah.tapi yang tak best nya gambar aku dengan sasuke blurrr.waa dah la tu ja chance yang ada nak amik gambar dengan sasuke.lepas tuh tak sempat dah.dia femes sangat.hahaha.btw dia memang cute sangat.semua lah dia dengan watak sasuke.hehe.nanti tunggu tengok part dia dengan ichigo k.lagi cuteee.


again.blurr.dengan gaara plak tuh.



this time dengan naruto plak.waaaaa antara banyak banyak cosplayer naruto yang ada.dia nih la paling hensem and paling femes k.masa awal dia jalan sorang.then dia jalan dengan hinata.yang gambar hinata atas tadi.soooo cuteeeeeee XD kushina pun ada actually tapi tak sempat amik gambar dia :( but yondaime adala.hahah.


well.time pegi nih muka semua tak mandi..muka aku sangat pelik.terpaksa pakai cap sebab nak cover rambut depan aku yang time tu mcm hapa lagi.actually aku terpotong rambut depan aku sampai pendek gila.by the time nak datang kl rmbut depan aku still tak panjang.kecewa ya disitu.and sbb kami datang dengan tak mandi pa semua.aku tak sempat nak iron rambut aku.satu hal,memang serabut ah rambut aku.tension tension T-T





with ichigo.wuh aku tak ready lagi ya.bukan buat mimik.hahaha.

still.aku MENDAPATI rambut aku sangat terok.T-T malunyaaaa





antara banyak banyak cosplayer kat sini.dia paling awesome and smart bagi aku.tapi aku rasa dia tak masuk competition kot.rasanya kalau dia masuk dah boleh menang nih.hahaa



seriously aku dah tak larat nak menaip and mengupload gambar.berejam nak upload.so tunggu part 2 .kalau aku rajin aku update.XD






AKU BENCI RAMBUT AKU TIME NIH ! WARGHH -..- 

No comments: