Thursday, April 03, 2014

PENANG ESCAPE THEME PARK

Isnin , 17.3.2014

bagi memenuhi bucket list aku. maka dengan izinNYA sampai lah aku kat sana.haha. aku plan nak pegi escape nih. aku expect ramai lah yang nak pi.but then .ye lah tak semua yang kita rancang menjadi kan.
so yang pegi aku . nad . auni . fatimah . nabilah and annuar. 

so escape theme park nih suatu tarikan baru la kat pulau pinang nih.baru sesangat bukak.jadi sebagai anak jati penang nih.nak la mencuba. haha malu lah kalau tempat sendiri tapi tak tahu kan . aku rasa escape nih first penang punya outdoor theme park. and the only theme park rasanya. agak bangga . penang makin maju.
tapi escape belum sepenuhnya siap. hujung tahun nih . kata org kat sana lah . water theme park plak akan dibuka. tak sabaq gila haa. hahah . fee entrance RM60 for adult .and RM45 for age 4-12 . bawah dari tu FREE ja.kalau above age 60 pun RM45 . jangan kata mahai la. standard la harga tu. and worth it oke.
kalau bab makanan. yes makanan tak boleh bawak masuk. kena beli dekat dalam tuh. kat entrance tu nanti dia bagi kad . ala mcm kad starbuck tuh. boleh isi RM30 RM 50 and RM100 . satu kad boleh share ramai ramai. and boleh top up. nak beli makan nahh guna kad tu ja. and nak beli locker pun kad tu juga. kalau ada lebih duit boleh mintak balik. so kad tuh kena lah jaga elok elok. and kalau beli locker . satu locker RM15 rasanya. besaq jugak locker dia. boleh muat sampai 4 beg. kami beli 2 . sebab beg gedabak haaa. haha. untuk locker nanti dia akan bagi kunci bentuk jam. bila nak bukak just scan kat scrin.tup! bukak dah, hehe. jam tuh jangan bagi hilang .kalau penag pegi universal studio.haa mcm tu la locker dia.so pegi sana make sure pakai kasut . baju seluaq tak kesah. asal selesa. kalau rasa nak seksi. pakai dress. dari bawah semua boleh nampak XD banyak sikit angin boleh masuk.haaa satu lagi jangan expect makanan dia murah . pepandai lah bejimat yer . jimat duit beli ayaq/air sebab mmg akan perlukan gila. even bawak dari rumah pun takkan cukup. hahah .oke enough dengan mukadimah bejela

pkol 8 pagi. kami siap tunggu dekat bus stop . ye lah tak berani bawak kereta lagi sampai sana. so public transport rapid kesayangan muah muah kan ada XD haha. then naik bas pegi jeti . nabilah and annuar dah ada dekat sana. then breakfast dulu.YES SANGAT PENTING BREAKFAST . haha pkol 9 naik feri .then naik lagi bas pegi ke teluk bahang. in case ada sesapa nak tahu. bas pegi teluk bahang banyak. bas 704 oke bas rapid . RM 4 dari jeti pegi teluk bahang. and agak lama jugak nk sampai. dalam 48 minit baru sampai rasanya. kami sampai dah dalam pukul 11. time tuh plak dah mendung semacam .nak hujan. then pekeja kat situ cakap kalau hujan 2 3 game akan ditutup. sebab takut hujan .kami pegi main hat yang nak tutup tuh. (kesilapan besar) tempat tu besar . nasihat aku warm up dulu yerh kalau tanak berak bedarah. haha 


oke nih map dia.nampak mcm panjang kan.tapi tak pun.tak panjang .cuma luas.skit.so yang first kami naik. tubby racer. sbb kalau hujan dia tutup. kami dah la tatau apa. sesat . masuk kot jalan salah. ahah. sumpah dah penat penat naik. tetiba org yg jaga tu suruh turun amik pelampung. time tuh dah penat gila nih naik bukit -.- turun la balik.amik pelampung . then nak tarik pelampung naik kat tempat tu. sumpah seksa. dengan jalan lincin. curam. pelampung berat, energy dah down habis. jalan bengkang bengkok. aku dah nak give up dah time tuh. dah tak larat sungguh. tapi gagah gak . sampai gak akhirnya
gambar semua aku amik google ja. sebab aku tinggal fon dalam locker. 
banyak gambar tak ambik


so mcm nih lah time turun.laju.haha.best tapi kejap ja
tak bebaloi penat seret pelampung -..-

then terus kami pegi main monkey business. dia macam main thing la kat sini. dia saja sebesor besor alam haa.haha paling ramai yang mai lah. yang lah yang syiok pun. yang suka meragas ragas tuh .haa ni lah tempat dia. 




dia ada 3 level semuanya. level 1 biasalah senang. tapi bagi first timer mcm aku nih . cuak jugak lah. aku mmg suka meragas ragas tapi aku gaaaayat ! haha take time gak ah nak biasa. so confident and stamina tuh kena ada . before naik dia akan bagi penerangan apa semua . first level dia pecah kepada 2 jalan. pilih lah nak yang mana satu. aku mula dulu.so mmg cuak. but then .makin lama makin seronok. then naik level 2 . baru buat satu jalan . semua dah kempis haaa. haha.ayaq nih jangan kata apa. bebotol . sebab kami semua nak jimat duit. beli satu botol air besaq .share ramai ramai . dah habis baru beli lain. memang penat gila beb. PENAT ! haha . sebab kami breakfast pkol brapa. naik benda alah nih pkol brapa. memang kempis la. make sure makan minum secukupnya before naik .oke.



lunch ! 
1 nasi ayam 1 ayaq .RM13 .
kami beli 3 set share 6 orang.
kami bukan lapaq sangat.kenyang minum ayaq ja nih

banyak lagi makanan depa jual. macam macaaaaam ada.hehe.tinggal pilih ja

lepas makan. me nadia and annuar sambung level 2 .buat lagi satu punya jalan. yang lain dah give up. haha. bukan takut apa. memang penat sangat, ye lah bagi kami lepasan spm tak penah work out tetiba kejutan budaya kejap. mmg merajuk ah muscle muscle semua. haha.habis level 2 . dah give up. level 3 tinggi sangat. aku gayat -.- energy pun dah low.

next game . A-maze kot. tapi dalam map tu mcm tadak ja. ekceli depa tiga yang tak ikot tuh pegi masuk dalam A maze tuh tak tunggu kami -..- melilau cari depa nih .A-maze nih mcm terowong + maze . boleh bayang dah mcm mana ? hahha. dalam tu mmg gelap gelita. kena merangkak . tapi dia bagi torch light la.
and sememangnya panas dalam tuh. haha. auni nabilah fatimah masuk dulu. ada cctv dalam tuh. so kami boleh nmpk depa dari luaq. and of coz gelak kat depa.hahaha .tengok muka konfius cari jalan.hahahah.then next aku nad and annuar . mmg tengah bepeluh . masuk dalam tu tambah bepeluh. bayangkan bau dia. -00- hmmm semerbak . hahah. 



lebih kurang mcm nih. nak tngok gambar lain .search google ja.tapi dalam tu mmg gelap gila. tadak lampu atas topi tu. even dia bagi torch light pun . tak cerah mana pun.buat suluh lubang hidung boleh la -.-



theeeen next flying lemur.dalam map yg atas tu pun tadak , maybe tu map lama
flying lemur nih flying fox je lah.hahha.cuma dia panjang. kat monkey business pon ada flying fox . lagi banyak . cuma pendek pendek. flying lemur panjang skit. tapi lebih kurang monkey business gak ah.
nak jalan pi tempat nak lompat tuh. tudia kena redah lagi hat sebijik mcm monkey business tu.haha.tapi flying fox dia pegi and balik. masa kita lompat or turun nak buat flying fox tuh tada yg jaga.tu pepandai sendri. masa dah sampai sebelah. then ada org jaga. haa yg tu dia tlg la. pusing balik sampai sana.
bebudak tokleh naik nih. berat bawah 36KG tak boleh naik.hehe. ada yang budak budak punya
ada satu tempat nih nama school of monkey kot tak silap. haa situ semua tempat budak budak . 






time nih aku bawak fon.so ada la gambar skit.hahah

sebab masa tak mengizinkan. tempat nih tutup pkol 5.30 ptg .last thing kami buat. BUNGEE JUMPING !
secara tak langsung dapat la aku potong something dri bucket list aku .haha.tak la tinggi mana. 20 meter
turun pun tak laju. tapi time nanaik tu ah seksa sikit. haha and time nak turun. ye lah tengok bawah.dah ar aku jenis gayat. hahah.aku dalam hati i can do it i can do it. hahah mula nad nabilah mua tak mau, last last semua naik.hahaha. 





memandangkan kami amik video. so tadak gambaq -..-

well yang tu ja yang sempat kami main.lain semua tak sempat sebab habis byak masa kat monkey business. sebab kena tunggu org. satu line tu . tak boleh lebih dari sorang.so lambat mana pu org tu buat kena tunggu sampai dia habis. bila dia sampai ke next platform baru kita start thats why la. and sebabnya kami sampai pun dah lmbat .pkol 11 . nak datang kena datang awal. kalau school holidays tu janganlah datang.ramai sesungguhnya. kami datang hari isnin pun boleh tahan ramai dia. bukan school holidays plak tuh.haha

habis dah tu. dan dan hujan. rintik je lah. so trainee dekat sana ajaq kami naik natang nih.tapi sorang pun tak boleh. haha. even me 



before balik.

selfie selfie .snap snap





auni





naik naik ja bas. hujan lebat teros. haha

then all the way back mmg tidoq ah. letih baq hang.

esok and esok

mmg azab ah

muscle dok merajuk lagi

kaki cramp gila

jalan pun mcm org lepaih beranak -..-

apapun memang best ,
tapi ralat la skit,tak sempat nak main yang lain

banyak lagi.
lain kali insyallah kalau ada masa and duit
memang aku nak datang lagi
kali nih aku nak naik sampai level 3

and naik semua ,tak kira ah yang budak punya ka. haha

oke adios.
sekarang pukul 5 pagi hari jumaat.
esok aku PLKN woih  T-T

No comments: