Sunday, June 29, 2014

horrible weeks !

waaa lama tak hapdet blog !! 2 minggu rasa macam 2 tahunnn , haaaa hypertennis sangat .
and btw harini dah masuk 1 ramadhan , yeay puasaa.jimat duit :P  so di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK ! ^^

oke dah , ha apa lagi . aku tengah kalut nih. sebab dah nak bukak puasa , lepas bukak puasa terus kena balik matrik ! kejam nya isi rumah ni. nak hantar aku balik awal awal. siap cakap minggu depan takyah balik. hmmm

well.sepanjang aku di matrik aka kmpp . indahnya kmpp taklah sebetul apa yang diceritakan oleh si polan si polan yang first intake malah di belog belog yang aku baca.
maybe tak semua orang jadi macam aku.maybe yang cerita mcm mcm di belog adalah mereka yang first intake.mungkin yang second intake tak berkesempatan nak bercerita. mungkin .mungkin. kannnnn . haaa btol kan jemaah ? yer kau yg tngah baca tu -.-

first week aku disana . mulanya semua oke.dari pendaftran , orientasi. cuma 2 hari jugak . bekenalan dengan second intakes yang lain. bilik semua cun . besar gedabak. tak panas. aku dapat bilik aras bawah sekali. dekat dengan toilet. then i was gave k1p13 as my practikum and k1t13 as my tutorial class. and yes aku dapat modul 3. kalau ada K kat depan modul 3 iaitu chemi bio math and science comp . kalau H and F modul satu and modul 2. mostly takkan becampur la.yang mana amik pure science or modul 1 ,kira "wuuuu budak pandai"

my place


so gini ah kami tidur tiap malam. bawah kipas.haha.


setail dak. roomate aku punya crita. ahah



yah .aku masuk kelab fotografi dekat sini :)


seminggu dekat kmpp. gini hah rupa tempat aku. tapi lepas tu masa aku balik kelas. tempat kemas. 
si mimi sorang nih kemaskan XD dia suka mengemas skit.haha


le roomates and jiran.heheh

isnin lepas tu mula start class.melilau jugak lah cari kelas kan .last jumpa gak. agak awkward sebab ramai dah tunggu depan makmal tu .so diorang pun macam haiii budak baruuu bla bla bla...dlm k1t13 aku sorang ja budak baru . dalam k1p13 ada 2 orang .kiranya bila practikum depa campur k1p13 dgn k1p14  .dlm 13 aku sorang dalam 14 ada lagi sorang .aku tak tau nak cerita mcm mana , days onward , semua jadi sombong , belagak , ignore aku ,mcm aku tak wujud. diorang tak buat apa. tapi cara depa layan aku.aku terasa sngat
depa buat aku mcm tak setaraf dengan aku .mcm aku budak second intake. budak bodoh .
sampai sekarang ,aku disisih kan, aku ingt aku ja yang kena.ramai lagi.

but nasib baiklah roomates aku semua aku baik,hehe.
aku tak banyak masa. next time aku cerita lagi. adios XD

Wednesday, June 11, 2014

BERHENTI UiTM ???

kenapa ? mengapa? dan bangaimana ? jawapan nya akan di selatankan sebentar lagi . cewahhh .haha before that aku nak cerita life aku dekat uitm arau yang tak berapa nak kerat sangat. yer. aku baru empat hari dekat sana. 

okeh sabtu tu mula sampai .masuk ja pintu gate uitm terus dapat kunci bilik. aku agak kecewa time tuh. sebab konvoi kami betiga. dengan harapan nak dapat bilik sama. tapi sebabkan perangai setengah manusia yg mcm shit. potong tak reti nak que elok elok. tepisah la kereta aku dengan si nad and auni. aku dapat kunci bilik dahlia 2 2020. nad 2036 and auni 2032 . still kami satu blok yang sama and satu tingkat yang sama.tak jauh pun bilik kami.

then bermulah mds .mds tu hapa? mds nih minggu destini siswa . kira orientasi lah . konon nak buh nama vouge skit kan.gituuu . tapi kami tak minggu sangat la. sbb orientasi kami cuma sabtu and ahad untuk sep masa. so memang macam hantu. sumpa penat gila babeng. bukan ada isi apa sangat . dengar taklimat and daftar je pun . duduk dalam dewan dengan beribu org . panas . memang tidoq lah.hahah.aku tak tidoq memang tak sah . so bila malam .mcm ro-call la kot.depa tahan sampai pkol 1 pagi.padahal tak buat hapa sangat pun.then esok tuh suruh pkol 5.30 dah kena turun bekumpul. aku benci mds. benci gila. memang tadak rest sabtu ahad . 

ouh ya . roomate aku. satu bilik 3 orang .kalau blok dahlia satu bilik 3 org. tapi dengar blok kesinai 1 bilik 2 org. sapa daftar awal akan dapat kat kesinai rasanya. so roomate aku yg bawah nama dia sabariah. panggil bayah ja. dia nih orang pahang. kuat sembang sikit. yang katil sorang . nama fatimah .nama glemer . fizzy . dia nih alim skit. dari skolah agama. and dia dari kedah . 

mcm aku slalu cerita. perlis kan panas. boleh bayang tak bilik tuh. bagi satu kipas kecik. yang tak rasa hapa.
aku yang duk katil atas memang tak dapat rasa terus -.- 


one hell fan .

meja aku yang maha semak tuh

atas katil aku. bawah katil bayah


nih katil fizzy. dia dpt katil single





almari yang maha kecik

so isnin bermulah kelas .


nih jadual aku untuk satu semester, tak padat sangat.

memang kat u nih ajaq bedikari gila gila. depa tak bagitau pun bilik kuliah kat mana apa semua kat mana.hari orientasi pun .mana ada bagitau apa. isnin tuh. pandai pandai lah hampa carik.memang kena kluaq awal lah jawabnya

yang hangat hatinya, dalam panas melilau cari kelas. sorang lecturer pun tak masok. nasib ada aircond. memey tidoq ah,




sempat lagi berselfie. hehe .selfie tu WAJIB ! hahah

then selasa pun macam tuh .hari selasa lah klimaks segala.penutup juadah jadah bagai.memey pagi tu aku merungut sangat sangat.tanak duduk arau. tanak uitm perlis , mmg banyak lah tak puas hati kat sini. bebai dgn kos aku at same time . lepas tu masa teman fizzy and lina buat kad matrik. sebabkan lama sangat.
tetiba tedetik nak check matrik. saja saja la kan

tanpa di duga . Allah dengar keluhan aku. haha .takdir . aku dapat tawaran pergi ke matrik untuk second intake pogram satu tahun dekat kolej matrikulasi pulau pinang. tarikh daftar 12 june. terus tengok tarikh kat fon 10 june!! terus aku mesej ibu bagitau nak pi. memang drama lah sat , nih la keputusan yang paling susah nak buat. sama ada nak pergi or nak stay uitm,aku sampai nangis nangis. sebab stress gila. but thanks to my family and friends. support aku . buat pilihan. research after reasearch . sebulat hatinya . aku pilih untuk ke matrik. abah pun cakap. hang nak pegi matrik tak. nak cakap abah nak amik cuti pegi amik. bila tanya pasal yuran .dia cakap tu tak penting . tu buat aku lagi teharu. sebab yuran uitm dah bayar.

malam tuh hapa lagi terus pack segala bagai .then urus borang tarik diri dari uitm. memang perghh. boleh gila doh. turun naik pejabat. dah la baru 3 hari kat sana. mana nak tau apa . dengan sehari tu round uitm tuh .aku ingt jalan terus. sebab banyak kali pusing . alhamdullilah semua dipermudahkan .



tapi tu lah. dalam takmau dgn kos aku tu. Allah bukak jalan lain kat aku. tedetik hati nak check matrik.so finally dapat aku sambung dalam bahagian sains. sebab aku ada dua cita cita skang nih. first nak kerja dalam lab. sebab tu aku mintak mikrobiologi. second , dalam bahagian multimedia. and aku rasa kalau dekat matrik aku boleh belajar lagi sungguh2 sebab banyak persaingan.

maka berakhirlah hidup aku sebagai student uitm. now im going to kmpp. hehe


tapi agak sedih lah. tepisah dengan nad and auni .
but ni lah satu satu nya peluang tuk aku tak begantung lagi dengan depa
bergaul dengan orang lain .
sebab aku nih jenis pemalu tak kena tempat. tak pandai bergaul . 
awkward dengan orang .

hahah hopefully aku dapat kawan dengan cepat dekat sana nanti

DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK AKU TAU HAHA
MAJULAH SUKAN DEMI NEGARA 

BYE 










Friday, June 06, 2014

UiTM di Hatiku

❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿ -- TOPIT.ME 收录优美图片

OH HAI !

as u all know . aku akan sambun belajar di uitm arau kos sains komputer dan matematik
and esok adalah hari pendaftaran which mean kena duduk sana terus lepas daftar :(
since aku cuma ada seminggu ja nak urus semua. ye lah baru balik plkn 
memang kelam kabut gila. semua benda tak beli. banyak benda tak buat
so dalam selow selow dok buat. alhamdulillah hari settle semua
haha . hari ni lah baru pack semua bag XD
awai awai tuh pegi buat medical check up. isi borang tawaran
dapatkan pengesahan , then beli barang
aku rasa beratuih habis beli barang nak masuk ja.sampai dalam bank aku pun tinggai 23 hengget XD 
tapi yes semua dah settle. LEGA AMAT
memang tadi migraine gila. barang banyak sangat
aku kalau pack memang tak reti nak agak. baju aku bawak cukup ckup ler kot
aku bawak tak sampai half almari aku. mak aku bising banyak baju. skit je kot
aku takleh baju skit skit sangat ,hahha

so esok buat kali kedua nya aku akan tinggal kan rumah buat masa yang lama
tinggal kan family,
tinggal bilik aku , im gonna miss everything.
hehe
kalau sebelum nih aku tinggal rumah 2 bulan
kali nih 3 tahun beb
entahlah aku tak rasa excited pun nak pi
mission aku, ceyyy mission
hehe .mission aku nak pegi sana belajaq elok elok
yelah semua pesan nasihat aku pa semua
aku tanak hampakan sapa sapa
aku nak bagi dapat pointer elok
kalau boleh nak dapatkan biasiswa.
bila habis diploma ,aku nak sambung degree kat luaq negara.insyallah 
kalau boleh jepun
so doakan lah supaya mission aku bejaya, hehe

aku ingt dalam seminggu nih aku nak update pasai plkn 
tapi malangnya aku sangat sesibuk.
so tak sempat.tapi takpa, aku akan update gambar semua,
hehe

yeah about esok ,
me nadia and auni akan konvoi ke sana
and yes kami tiga dapat tempat sana.
with syafiq and afif, yg lain taktau lah plak
beharap sangat kami 3 bilik yang sama.aminnnn
tapi auni and nadia kos lain .depa kos dip.sains
and cuma transit tuk satu semester kot kat arau before pindah tapah
aku syafiq and afif sama kos
so nanti aku sorang :((( 

aku ekceli tak ready nak jadi siswi .nak belajaq kat u
nak tinggal rumah lama lama lagi :(
dah takdir, kena lah. hehe

kalau before nih bucket list after spm 
lepas nih aku nak buat  bucket list sepanjang hidup aku.
aku akan senaraikan
and with Allah will . aku nak buat semua ,
hidup kena ada tujuan kan. 
tapi ikut peringkat
sekarang peringkat budak u
and one of it .nak kuruskan bahagian perut and paha
thats it
lepas balik plkn aku makin gemuk :((
ramai teguq aku makin chubby . warghhh
okeh banyak dah bebel. ada masa .aku hapdet pasal Uitm lagi
bye . ja mata aishita ne ^^

Untitled | via Tumblr

Monday, June 02, 2014

im back bitchesss



ASSALAMUALAIKUM MINNA !

finally . heheh im back . like really BACK
im in penang in my home in my room . heheh
jumaat haritu aku balik , dijemput oleh my parents of coz
kak ila and naddd . super excited nya aku ,
balik tuh rest sat.then terus out ngan nadia pegi sunwayyyy. shopping skit.hehe

so journey2 aku saat terakhir kat sana akan ku hapdet nanti, agak malas 
sekarang .memey malaih gila
and aku try hapdet gambaq ikut tarikh. tapi masalahnya bila aku hapdet
tarikh pun tukaq sekali.memang betul betul update -..-
tengok lah yg plkn 3 pt 2 .sepatutnya tarikh 20/4 tapi bila dah update gambq
jadi 2 june. aiyaaa 
so .whats next ? hmm skang nih tengah busy pasal Uitm dihatiku
haha. semalam done isi semua borang.
harini pegi buat medical check up. 
and yeaaah 


SEEEE !!! tadaaaa 
gift from my mom . 
my very own laptop
aku seriously tak caya. memey ah aku ada komputer sendri 
tapi benda second hand kan. 
so mak aku belikan tuk aku belajar
masa pegi pc depot semalam. nih lah yg paling menarik perhatian
last last dpt gak. sbb lepas survey . dia cakap paling elok kalau nak buat keja banyak
aku pun tatau sangat. aku ye ja, abg ipaq aku yg tolong belikan.dia tau la bab bab laptop nih
but nanti aku tak bawak lagi pegi u,
bila betol2 nak guna ja baru aku bawak, takut hilang nanti
sebab kes laptop hilang selalu sangat aku dengaq.

then what ? hmm skang nih nak pack bag je lah
tinggal brapa hari je lagi nih. hehe tak sabaq pun ada rasanya .
tapi takmau pi pun ada. takmau tinggai rumah lagi dah :(