Saturday, April 19, 2014

Plkn 3 pt 2

Sekarang dah masuk minggu ke 2 aku kat sini . Rasa nak balik rumah tu memey ah . Rindu gila kot kat bilik aku . Haha . So far . Masih okey kat sini. Fyi kem tasoh kem yang terbaik . Hehe .cuma makanan dia -.- tak sodap. Tapi aku telan gak .
Harini hari melawat . Parents aku dah dtg minggu lepas so minggu nih depa tak mai . Minggu depan baru mai .
Banyak jugak lah aku nak cita . Even jadual kami agak padat . Kami still ada masa nak have fun . Haha gelak tuh .mmg 24 jam . Nangis nangis gaduh tu stakat nih tadak lagi lah. Tapi gaduh gaduh mulut dengan gang lain ada la skit .
Skang nih aku dah tak rapat dengan budak bravo. Bukan tak kawan terus. Just tak lepak skali . Mmg jarang lah . So mcm aku cakap . member lepak aku iz miza nadia alia shira . Depa lah.mana pi kami je lah . Paling hingaq . Paling semuanya . Hahah . Tapi aku paling rapat dengan miza . Miza nih budak johor . Perangai kami lebih kurang . Suka tidoq . Mana pi pun .kami tidoq. Kadang malam kami tidoq sekali . Satu katil . Petang tidoq pun sekali . Ada sorang nih nama alia. Perangai lebih kurang mcm diba . Jari pun mcm diba. Tengok dia teringat diba. Alia and nadia . Mmg dua nih kaki buli org .haha tangan tuh tak reti duk senyap.nak ja pegang aset org .
Haha oke apa lagi. Love story ? Semestinya ada . Haha .even kami diharamkan bercinta kat dalam kem antara satu sama lain . Tapi apa boleh buat . Semua ada crush masing2 . Buat masa nih aku ada 2 org aku minat . Satu . Kelas dengan kumpulan sama dgn aku. Satu lagi koir dengan aku. Dua dua bravo .tapi minat minat camtu ja . Hehe. Sorang nama syed . Sorang nama hafiz. Yang alia pulak . Minat dekat unta . Nama gelaran ja . Haha jangan tnya kenapa unta . Haha . Mula alia minat sngt kat unta nih.tapi sumpah tak hensem.dah la renjong keding gelap . Haha . Tapi bagi alia . Dia lah segalanya. Paling hensem dalam kem. Kononya. Last last   haaa tudia. Di unta plak dok kejaq kejaq alia kacau tak mau mau. Kawan pun naik rimas ler. Haha . Menyesal dia nak kenal kenal dengan unta .so then iz . Haha iz satu kumpulan dengan aku dlm kelas. Dalam kumpulan aku. Wait.nama kumpulan kami fearless. Aku ah bagi nama tuh XD . So dalam fearless.ada sorang laki nama amin. Amin nih minat kat iz . Satu hari tu . Amin mintak tolong kairi (budak cina pompuan) bagi number dia kat iz . Haha malam tuh kami kacau lah si amin nih. Hahha.dia bagi minggu lepas.hari jumaat. So sabtu ahad lepas tu mmg tak jumpa la amin nih. Isnin tu.ada kelas . Si amin nih dalam group senyap ja sejak dri hari tuh. Kawan tu malu. Hahah then miza. Miza mmg bnyak peminat.toksah kata. Dia telebih rahmah. Haa pasal iz tak habis lagi. Iz nih minat kat budak charlie ni. Muka dia macam ustaz. Ustaz kami baru umoq 20 lebih.muka ustaz sebijik mcm taylor lautner..then muka laki yg iz minat nih. Nama yad. Muka mcm ustaz. So ntah mcm mana . Guna khidmat posmen bejalan . Jadi lah love story yang mengelikan . Ahhaha. Setiap crita nih sumpah lawak gila . .then yana. Kami dok pair kan dia dengan kamal. Kamal pun dalam group fearless . Dalam senyap kamal dok mesej dengan yana . Haha .then shira . Mulanya kami dok kacau amir dengan shira dengan sebab depa dok baik dua. Last last amir nih jatuh hati kot kat shira nih. Amir nih kejap kejap shira . Tapi shira takmau . Last last dapat tau amir nih budak pandai . Dan dan shira mau . Tiap kali shira cuit aku cakap dia suka amir gak. Hahaha .lawak . Tapi benda nih aku ja tau. Dia tak bagitau org lain sbb depa hat lain suka hingaq. Ahha apa apa pun miza and shira akan cita kat aku. Nadia. Dia dengan abg misai dia . Fyi . Semua kami dah ada boyfriend. Percaya atau tidak tu hakikatnya. Tapi peraturan kat sini .peraturan kami buat .haha kat sini semua single XD  benda dalam kem . Sapa tau kan. Ada skandal mmg wajib XD .
Ou ya . Ada satu lagi cerita . Haritu aku masuk kiosk . Aku nak beli mineral . Aku masuk sorang. Then pegi la peti ais kat blakang. Ada la abg nih yg jaga kiosk .tengah susun ayaq. Aku tunggu la smpai dia habis.tapi lama sngt . Then aku cakap la ngan dia. Tolong amik jap mineral . Then dia tngok aku . Muka blur . Then dia amik aku cakap thanks kat dia . Mukaaaaa dia henseeem wehhh XD hensem la jugak . Tu ja. Malas cita lebih lebih .haha
Umm apa lagi .haaa masa kkj hari tu . Hari persembahan . Delta dapat last sekali :( charlie dapat no 1 .alpha then bravo. Kompeni lain semua semangat . Sorakan depa pun best . Tak macam delta. Time kat depan dewan. Suara pelan .sorakan pun .hmm . Delta tadak semangat kerjasama.tadak rasa nak menang  .tak mcm alpha . And charlie. Semangat depa tinggi  . Jeles aku  .
Then dalam kelas. Apa jadi hah .okey tiap kali habis modul . Kami kena buat pengajaran pasal apa yg kami belajaq berdasarkan tajuk yg cikgu bagi . Kena buat pengajaran melalui sketsa . So kena belakon . T.T malu gila baq hang  tapi. Chill ja. Semua kena sporting dalam kelas.haha .
Then . Haaa masa pemilihan ketua khidmat komuniti . Si amin nih calonkan aku . Antara wirawati yg tecalon aku sorang ja melayu . Lain semua cina. Ada 4 org. Wira 2 org ja. Kamal dengan G dj . Aku segan kot . Takut satgi tadak sapa undi aku -.- aku mmg takmau apa apa jawatan pun kat sini .
Lepas undia dibuat .makaaa. haha aku tak dapat . Yeaaaayyy !! Aku dapat 13 undian . Lain 14 n 9 . Paling tinggi kairi . 24  . Sebab dia mmg muka dia ada ciri kepimpinan .kami semua mau dia jadi . Wira plak dapat dekat kamal . .so kamal and kairi . Dua dua dari kumpulan fearless . Haha. Kumpulan aku tuh . Kat dalam kelas .and dalam setiap kumpulan akan ada satu kapten. Setiap hari kapten betukaq orang . So maknaya.semua akan jadi kapten. Aku belum lagi.sbb aku tak penah bangun tuk jadi kapten. Haha aku malu.
Apa lagi aku tak cita . Hmm koir ? Jumaat lepas . Cikgu koir nak cek suara sorang sorang  .T T aku dah la sora tak sedap.kena nyanyi kat depan plak. Aku nyanyi lagu tanah pusaka. Aku nyanyi tak kluaq suara. Buat malu ja. Haaaa fyi lagi .kumpula  koir hanya ada kat kem tasoh ja .hehe . Kem lain tak ada .
Lagi lagi . Haaa . Kami kat sini suka main burger .gang aku je lah . Burger main tindih tindih . Yana nih mmg suka mula dulu . Satu haritu. Budak cina nak balas kat dia . Moper (nama budak cina) badan dia besaq gak la. Dia tindih yana . Then geng cina lain semua mai pakat tindih yana . Kami hat lain apa lagi. Pakat join . Kat 11 org lah atas katil tuh. Tetiba. Prakkkk. Katil besi patah dua . Hahhahaha . Besi tuh bengkok mcm patah dua terus .semua tekejut lari lintang pukang . Mmg lawak habis ah . Then budak blakang .dorm kami bahagi dua mcm ada dua bahagian. Bahagian aku semua dari penang.belakang dari kedah and perlis. Depa nih mmg tak puas hati ngan kami . Semua apa apa jawatan ka . Sukma ka. Koir ka .semua kami amik. Hahahah . Depa marah sbb bagi patah katil . Lain mua tak bising.sorang nih kenik ja dia . Nama mimi . Mimi nih lah depa dok kata kembaq aku sbb muka nak sama . Mimi nih cakap la kuat kuat . "Hampa yang bagi patah satgi kami mua kena. Apa bagus sangat dok main burger" tah dia dok marah apa . Kami ngan budak cina dok gelak ja kat dia. Balas balas lagu tu lah. Tak cakap direct .lepas tu mimi pi habaq kat cikgu kami bagi patag katil. Tau apa jadi. Cikgu buat tatau XD hahahahahaah . Sbb katil kat sini mmg teruk dah pun . Then malam tuh. Si geng mimi nih tidoq sambung katil.pagi tuh cikgu gerak sbb ada qiamulai . Depa yg kena marah sbb sambung katil XD hahah hais lawak betoi .
Yang qiamualai nih mcm denda gak lah. Haha sebab kami tak behave . Didenda dengan qiamualai. Haha mmg . Sambil selam sambil tidoq lah . Hahaha . Aku solat apa pun tatau . Ikut ja . Mata pejam tidoq . Haha  .
Hmm kat kem kalau rasa boleh kurus mmg tak ah. Kat sini ada tesco. Haha kiosk kami panggil mini tesco. Tiap tiap hari mesti beli benda. Coklat lah. Kopok lah.ayaq tin lah . Ais krim lah. Setiap hari. Aku ingt nak taubat tanak masuk dah. Tapi cuaca T.T buat aku lapaq sentiasa.datang sini duit kena banyaq.
Mmg 2 minggu nih belum ada apa apa yg lasak . Cuma belatih kawad . And group koir kena belatih 2 kali sehari .untuk hari bagi pangkat kat penghulu penghulwati semua. Skang ni iz calon penghuluwati . Komfem lah sokong dia .
Oh ya . Haritu masa kami tengah belatih koir . One of koir member kena balik . Sebab dia ada barah otak . Nama dia nasir. Dia dtg bilik koir . Duduk kat kerusi . Kami nyanyi kat dia satu lagu  . Lagu ku relakan jiwa. Kawan tu punya la nangis. Yang nyanyi semua nangis . Mmg sedih sangat time tuh . Dengan hujan . Pergh. Sedih baq hang. Bayangkan baru 2 minggu . Org balik kami dah nangis nangis . Bayangkan kalau dah 3 bulan. Nak bepisah.
Itu je lah kot buat masa nih . Banyak sangat dah nih. Aku banyak lupa . Sbb aku tak catit. Next week aku sambung lagi . Plkn tak teruk sngt mcm org pikir . Pegi dulu. Rasa dulu. Baru judge . XD Salam





No comments: